Saturday, October 9, 2010

Alahai Kuala Lipis...kota Tiada Air...

"alahai Kuala Lipis..kenapalah asek takde air je tempat nih...sangat-sangat tak faham..kalau Sultan nak datang segala macam benda boleh buat....tapi air untuk student pun tak dapat nak provide...pelik....pelik....masalah ni akan selesai bila keluar kat TV3...kat RTM...kat media lah senang cerita....Kuala Lipis, bandar tiada air."



agak-agaklah kan. kalau nampak statment macam tu...apa pendapat anda.??..statment diatas itu adalah keluhan empunya blog ini sediri tentang masalah air kat kawasan Kuala Lipis, Pahang nie. Saya penah la jugak tanya dengan makcik-makcik kat pekan : 

sy :" selalu ke takde air nih makcik..??"
m/cik : emm..dah bepuloh tahun dah msalah air nih...dah tatau nak buat ape..
sy : abeh macam mane nak mandi, nak basuh baju, nak basuh ber*k...??
m/cik : ala..kadang-kadang tak basuh pun....(hahaha...gelak pulak m/cik nih).biasenye ade simpan air dalam tangki...jadi ade lah air sikit...


*m/cik tu hilang ntah kemana...


ade relevan gak an m/cik nih... 
cuba baca artikel nih..petikan daripada harakahdaily.net.







Putus bekalan air jejaskan penduduk beberapa kawasan di Pahang
Basiron Abdul Wahab   
Sekurang-kurangnya penduduk di beberapa buah kampung di tiga daerah iaitu Bera, Lipis dan Bentong menghadapi masalah bekalan air terputus.
"Masalah tiada bekalan air paip pada hari raya bukan pertama kali kami alami, ia terus juga berlaku walaupun bepuluh laporan dibuat kepada pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) sejak beberapa tahun lalu," keluh Mustapha Karim dari Racangan Tanah Pemuda Sungai Ular, Kuala Lipis.
Katanya, pengguna hairan agensi terbabit masih gagal mengatasi masalah air sejak sekian lama.
"Bayangkan betapa sukarnya kami, apabila sanak saudara dari jauh pulang untuk beraya di kampung untuk mandi manda," katanya kesal.
Bagi penduduk Felda Retam, Bera pula, hari raya tahun ini agak bernasib baik kerana bekalan air terputus cuma sehari sahaja berbanding dua ke tiga hari pada hari raya sebelumnya.
Difahamkan penduduk disitu sudah biasa dengan keadaan itu telah membuat persediaan awal dengan menyimpan air didalam kolah atau tangki yang mampu menampung keperluan untuk dua atau tiga hari.
Sama seperti pengguna di Lipis, masalah air di Bera juga seolah-olah tiada kesudahanya apabila JBA masih gagal menangani masalah bekalan air sejak berpuluh tahun lalu.
"Tahun ini kira ok lah sebab bekalan air cuma terputus pada hari raya pertama sahaja," kata pengguna yang mahu dikenali sebagai Linda.
Di Bentong, penduduk kampung Lebu turut berkongsi masalah serupa apabila bekalan air terputus sejak sebelum hari raya lagi.
Menurut pengguna Saari Mahmud 26, penduduk terpaksa bergantung kepada air hujan untuk keperluan harian.
Sehingga ke hari ini (19 Oktober) JBA masih gagal memulihkan bekalan air ke kampung itu.
Pahang memiliki sungai terbesar di Semenanjung Malaysia dan pendapatan dari air adalah kedua tertinggi selepas hasil Tanah tetapi pihak berkuasa gagal menjaga memuaskan kepada pengguna.
Sejak tahun lalu, pengguna dikenakan caj sewa meter sebanyak RM1.00 bagi premis kediaman dan RM5.00 bagi perniagaan oleh JBA tetapi mutu bekalan aiar tetap tidak berubah. - mr

selalunya bila air tade kite akan mengadu.
A :"hish..takde air lagi lah..."
B : "ala...sabar lah...kejap lagi ade la tu.."

dialog ni akan menjadi..berbulan-bulan...berminggu-minggu...bertahun-tahun...
seperti situasi m/cik dkat atas tadi tuh...dengan dalam artikel atas ni...
akhir sekali....dialog yang akan kite dengar nanti :

A : "knape takde air nih...??"
B : "ala...ape yang peliknya..biaselah ni.."

sehinggakan perkara yang sukar menjadi perkara yang biase kita lalui..
persoalannya...dalam situasi ni sape yang beruntung..??...

jawpaan :mereka yang dipertanggungjawabkan menyelia dan membahagikan bekalan air  ni la..sape lagi...hehe..

cuba renungkan....
apabila aduan diterima, awal-awal memang lah mengglabah...tapi, lama-lama..minggu ke minggu...bulan ke bulan...tahun ketahun....aduan cuma jadi angin je...dah biase sangat dah...so...tindakan nye..hanyalah dengar dan tido....
manusia sibuk menuju ke Marikh..sedangkan kita, keperluan asas pun tercungap-cungap nak dapat. Macam mane nih...tak kan wawasan 2020 akan jadi wawasan 2040 pulak...mungkin jugak jadi wawasan 2060...hehe....sama-sama lah kite renungkan...

Renung-renungkan..:))

antara suana bandar Kuala Lipis yang pesat membangun..:))

ni lah Alamanda tempat makan..terbaiklah tempat nih...

bangunan ni aku pun tatau ape fungsinya..

lawakan..